Welcome Myspace Comments

GeNg BLoGGiNg

Wednesday 13 April 2011

bila hati mula berkata

KOSONG...
Tiada kata mampu terucap...
Bibir bergetar, tidak tertanggung menahan hiba...
Hanya titisan jernih meniti di pipi...
Saat mata terpejam rapat, melepaskan pilu yang amat.

Haruskah begini? Kenapa perlu lemah?!
Kenapa perlu kalah dengan jeritan hati sendiri???.......

Kata hati : Aku sedih...aku dah tak tahan menahan semuanya...cukuplah! Biarkan aku lepaskan segala rasa yang terpendam...! Izinkan aku...

Kata bibir : Sabarlah hati...kau kuat! Cekalkanlah dirimu! Jangan biarkan 'mereka' tahu apa yang kau rasa...aku akan cuba membantumu, wahai hati.
Kata Hati : Yaaa...sudah lama aku cuba cekalkan diriku...tapi, sampai bila? bukan aku saja, malah jiwa sendiri sudah memberontak!
Kata Akal : Hati, jangan ikutkan sangat kata-katamu itu. Aku akan cuba bertindak rasional. Bibir, kau jangan bimbang. Rahsia hati akan kujaga....
Kata Bibir : Itulah yang sebaiknya...(sambil mengukir senyuman)
Kata Mata : Tapi, aku juga sudah tidak tahan! Tak tertanggung lagi menyimpan bebanan ini. Izinkanlah aku luahkan ia (air mata).
Kata Akal : Jangan mata! Jangan titiskan ia... kau juga perlu kuat! Jangan terlalu mudah menitiskan 'air' mu itu...ia sangat berharga mata...

Namun, mata tidak mampu lagi menahannya, bibir cuba memujuk, tetapi desakan hati lebih kuat... hati dan jiwa bersatu memberontak, mengalahkan akal yang cuba berfikir rasional,...bibir turut menjadi goyah walaupun cuba mengentalkan diri....akhirnya, mata berjaya menumpahkan air yang selama ini dikandung penuh tabah...

Kata Hati : Ahhhh...sekarang aku sudah lega...
Kata Akal : Oh, hati. tidak fikirkah kau, sekarang aku pula yang merana...
Kata Hati : Mengapa pula?

Kata Akal : Aku tidak tahu bagaimana caranya untuk aku melupakan semua yang menyebabkan kau bersedih...aku tidak pandai memujuk-mu wahai hati.

Kata Hati : Tidak mengapa, akal. Aku sudah lega kerana berjaya melepaskan keluhanku. Jangan kau bimbang untuk memujukku. Sekarang, Kau hanya perlu mengikut kata-ku.


Kata Akal : Apakah katamu?
Kata Hati : Bergembiralah! Jangan difikirkan lagi perkara yang menyedihkan itu...Fikirkan setiap perkara yang menggembirakan aku...hanya itu yang perlu kau lakukan sekarang.
Kata Akal : Baiklah, aku akan cuba memanjakanmu hati...sekarang apa yang kamu mahu, wahai hati?
Kata Hati : Aku mahu Hepy! Aku mahu enjoy! Pasang lagu kuat-kuat dan hiburkanlah aku!
Kata Akal : Baiklah!

Akal mengarahkan tangan agar memasang lagu yang menghiburkan hati, sedang mata kembali ceria dan bibir mula menguntumkan senyuman yang cukup berharga dan tiada lagi kepura-puraan!
"...Setenang air di muara, jangan disangka tiada buaya...
...Semanis senyuman di bibir, jangan diduga tiada getir..."




...time kasih sudi bace..awk komen,sy suke..^__^..

0 comments:

Post a Comment