Bila memandang segala-gala dari Tuhanku iaitu Allah
yang Maha mencipta
yang menimpakan ujian
yang menjadikan sakit hat,
yang membuatkan keinginan terhalang
serta menyusahkan hidup
pasti akan damailah hati ku..
kerana Allah bukan sengaja mentakdirkan segalanya
untuk sesuatu yang sia-sia
Bukan Allah tidak tahu derita hidup ku
retaknya hati ku
tapi mungkin itulah yang Dia mahukan
kerana Dia tahu hati yang sebeginilah
selalunya lebih lunak dan mudah
untuk akrab dan dekat denganNya...
Bila aku letih dan hilang semangat
Allah tahu betapa aku telah mencuba sedaya upaya
Bila tangisan aku berpanjangan dan hati aku kedukaan
Allah telah mengira titisan airmata ku
Bila aku rasa ketinggalan dan masa meninggalkan aku
Allah setia di sisi ku
Bila aku telah mencuba segala tapi tidak tahu tujuan
Allah ada jalan penyelesaian....
Bila tiada yang bererti buat aku, keliru dan kecewa
Allah adalah jawapannya
Pimpin lah hati aku supaya cintakan kebaikan serta bencikan kejahatan
semoga iman dihatiku selalu indah..
0 comments:
Post a Comment